Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Sambutan Hari Lahir
Pada 8 Julai 2017 (Sabtu), Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Lahir bagi bulan Mei,Jun & Julai telah diadakan di Dewan Perdana Sahut. Majlis ini dikendalikan oleh ahli Rumah Tok Janggut yang diketuai oleh Shafiq bin Sharafuddin.Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran ibu bapa para pelajar dan abang-abang dan kakak-kakak alumni SAHUT yang terdiri daripada batch Kaizen, CnC, Metamorfosis, Xanthron dan juga Prodigy. Terdapat pelbagai persiapan yang dilakukan oleh para pelajar terutamanya pelajar Tingkatan 4 bagi menjayakan program ini.
Sehari sebelum program berlangsung, majlis gotong-royong telah diadakan. Para pelajar Tingkatan 4 telah bertungkus-lumus menjalankan aktiviti sembelihan,bakar lemang dan memasak gulai daging lembu dan rendang ayam. Sebanyak 120 batang lemang telah dibakar pada pagi Jumaat manakala amali penyembelihan ayam sebanyak 44 ekor dilakukan selepas Solat Jumaat. Seekor lembu telah disumbang oleh pihak PIBG juga disembelih. Semua pelajar Tingkatan 4 dan 5 dikehendaki untuk menguruskan bahagian memasak gulai daging lembu dan rendang ayam.
Program ini berlangsung seawal jam 7 pagi. Gotong royong ini telah disertai oleh guru, pelajar, PIBG, ibubapa dan alumni SAHUT telah mengeratkan lagi ukhwah silaturahim komuniti SAHUT.
 |
Pengetua turut serta dalam program amali penyembelihan dan memberikan sedikit taklimat berkaitan penyembelihan. |
 |
Proses penyembelihan melibatkan pelajar Tingkatan 4 dan 5 beserta alumni.proses ini dibimbing oleh guru. |
 |
Guru menunjukkan cara-cara untuk menyembelih ayam. |
 |
Pelajar menyembelih ayam yang diberi mengikut kumpulan masing-masing. |
 |
Keadaan ayam sewaktu disembelih. |
 |
Ustaz Azman selaku guru pembimbing menunjukkan cara memegang pisau yang betul dalam proses penyembelihan. |
 |
(Bahagian urat merih yang telah dipotong) |
 |
Pelajar yang telah berjaya menyembelih ayam dengan cara penyembelihan yang betul. |
 |
Kumpulan lelaki menyembelih ayam dengan teliti sambil dipantau oleh Ustaz Azman. |
 |
Ustaz Azman menunjukan urat merih ayam yang telah disembelih. |
 |
Keadaan ayam yang telah disembelih oleh pelajar lelaki |
 |
Para guru bekerjasama untuk membersihkan ayam yang telah disembelih oleh para pelajar tingkatan 4 dan 5. |
Aktiviti diteruskan dengan proses penyediaan dan pembakaran lemang.Semua pelajar tingkatan 4 terlibat dalam menjayakan program tersebut.
 |
Pelajar lelaki tingkatan 4 bekerjasama membakar lemang. |
 |
Pengetua turut bersama-sama dalam proses penyediaan lemang bersama guru-guru dan kakitangan SAHUT. |
 |
Guru-guru bekerjasama dalam proses penyediaan lemang. |
 |
Pengetua memantau pelajar dalam proses pembakaran lemang. |
 |
Pelajar-pelajar sedang asyik membakar lemang. |
Sehari selepas menjalankan program gotong-royong untuk majlis hari raya peringkat sekolah, persiapan untuk juadah majlis hari raya disediakan oleh semua pelajar Tingkatan 4 dan 5.
 |
Guru-guru juga turut serta dalam penyediaan rendang bagi majlis hari raya peringkat sekolah. |
 |
Pelajar tingkatan 4 dan 5 bertungkus lumus untuk membantu dalam menyediakan rendang serta juadah lain. |
 |
Para pelajar bekerjasama melapah daging lembu untuk dijadikan gulai daging |
 |
Ustaz Azman membantu para pelajar untuk memotong daging lembu |
 |
Pelajar perempuan turut serta dalam melapah daging. |
 |
Pengetua turut serta bersama pelajar ,guru dan kakitangan SAHUT dalam proses penyediaan juadah hari raya. |
 |
Guru lelaki dan para kakitangan SAHUT bekerjasama melapah daging. |
 |
Para pelajar bergilir-gilir untuk memasak gulai daging. |
Selepas itu, para pelajar dikehendaki untuk menyiapkan diri bagi sambutan majlis hari raya. Semua pelajar digalakkan memakai baju raya terutamanya para pelajar yang diraikan untuk hari lahir pada bulan Mei, Jun & Julai dan perlu berkumpul di dalam dewan sebelum pukul 10 pagi. Berikut ialah gambar-gambar sewaktu majlis dijalankan...
 |
Pelajar berkumpul didewan perdana SAHUT bagi menjayakan majlis hari raya. |
 |
Pelajar yang diraikan perlu berada di atas pentas bagi sesi pemotongan kek.
|
 |
Pelajar bersuka ria dalam menyambut hari raya. |
 |
Pengetua bersama para pentaddbir turut serta Pegawai Perhubungan Sekolah dan ENCIK JALALUDIN BIN ISMAIL.
|
Aktiviti pembakaran lemang,sembelihan serta majlis hari raya peringkat sekolah telah berjalan dengan lancar dan jayanya,,,terima kasih diucapkan kepada semua pelajar kerana memberikan kerjasama terutamanya pelajar tingkatan empat yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan program dan majlis tersebut.😃😃😃😃😃😃😃😃