BADAR SAHUT

My photo
KUALA BERANG, TERENGGANU, Malaysia

Wednesday, 19 July 2017

Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Sambutan Hari Lahir

 Pada 8 Julai 2017 (Sabtu), Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Lahir bagi bulan Mei,Jun & Julai telah diadakan di Dewan Perdana Sahut. Majlis ini dikendalikan oleh ahli Rumah Tok Janggut yang diketuai oleh Shafiq bin Sharafuddin.Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran ibu bapa para pelajar dan abang-abang dan kakak-kakak alumni SAHUT yang terdiri daripada batch Kaizen, CnC, Metamorfosis, Xanthron dan juga Prodigy. Terdapat pelbagai  persiapan yang dilakukan oleh para pelajar terutamanya pelajar Tingkatan 4 bagi menjayakan program ini.


Sehari sebelum program berlangsung, majlis gotong-royong telah diadakan. Para pelajar Tingkatan 4 telah bertungkus-lumus menjalankan aktiviti sembelihan,bakar lemang dan memasak gulai daging lembu dan rendang ayam. Sebanyak 120 batang lemang telah dibakar pada pagi Jumaat manakala amali penyembelihan ayam sebanyak 44 ekor dilakukan selepas Solat Jumaat. Seekor lembu telah disumbang oleh pihak PIBG juga disembelih. Semua pelajar Tingkatan 4 dan 5 dikehendaki untuk menguruskan bahagian memasak gulai daging lembu dan rendang ayam.

Program ini berlangsung seawal jam 7 pagi. Gotong royong ini telah disertai oleh guru, pelajar, PIBG, ibubapa dan alumni SAHUT telah mengeratkan lagi ukhwah silaturahim komuniti SAHUT.

Pengetua turut serta dalam program amali penyembelihan dan memberikan sedikit taklimat berkaitan penyembelihan.

Proses penyembelihan melibatkan pelajar Tingkatan  4 dan 5 beserta alumni.proses ini dibimbing oleh guru.
Guru menunjukkan cara-cara untuk menyembelih ayam.

Pelajar menyembelih ayam yang diberi mengikut kumpulan masing-masing.

Keadaan ayam sewaktu disembelih.

Ustaz Azman selaku guru pembimbing menunjukkan cara memegang pisau yang betul dalam proses penyembelihan.

(Bahagian urat merih yang telah dipotong)

Pelajar yang telah berjaya menyembelih ayam dengan cara penyembelihan yang betul.

Kumpulan lelaki menyembelih ayam dengan teliti sambil dipantau oleh Ustaz Azman.

Ustaz Azman menunjukan urat merih ayam yang telah disembelih.

Keadaan ayam yang telah disembelih oleh pelajar lelaki


Para guru bekerjasama untuk membersihkan  ayam yang telah disembelih  oleh para pelajar tingkatan 4 dan 5.





Aktiviti diteruskan dengan proses penyediaan dan pembakaran lemang.Semua pelajar tingkatan 4 terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Pelajar lelaki tingkatan 4 bekerjasama membakar lemang. 

Pengetua turut bersama-sama dalam proses penyediaan lemang bersama guru-guru  dan kakitangan SAHUT.

Guru-guru bekerjasama  dalam proses penyediaan lemang.


Pengetua memantau pelajar dalam proses pembakaran lemang.


Pelajar-pelajar sedang asyik membakar lemang.


Sehari selepas menjalankan program gotong-royong untuk majlis hari raya peringkat sekolah,  persiapan untuk juadah majlis hari raya disediakan oleh semua pelajar Tingkatan 4 dan 5.

Guru-guru juga turut serta dalam penyediaan rendang bagi majlis hari raya peringkat sekolah.

Pelajar tingkatan 4 dan 5 bertungkus lumus untuk membantu dalam menyediakan  rendang serta juadah lain.

Para pelajar bekerjasama melapah daging lembu untuk dijadikan gulai daging



Ustaz Azman membantu para pelajar untuk memotong daging lembu

Pelajar perempuan turut serta dalam melapah daging.




Pengetua turut serta bersama pelajar ,guru dan kakitangan SAHUT dalam proses penyediaan juadah hari raya.

Guru lelaki dan para kakitangan  SAHUT  bekerjasama melapah daging.


Para pelajar bergilir-gilir untuk memasak gulai daging.

Selepas itu, para pelajar dikehendaki untuk menyiapkan diri bagi sambutan majlis hari raya. Semua pelajar digalakkan memakai baju raya terutamanya para pelajar yang diraikan untuk hari lahir pada bulan Mei, Jun & Julai dan perlu berkumpul di dalam dewan sebelum pukul 10 pagi. Berikut ialah gambar-gambar sewaktu majlis dijalankan...

Pelajar berkumpul didewan perdana SAHUT bagi menjayakan majlis hari raya.


Pelajar yang diraikan perlu berada di atas pentas bagi sesi pemotongan kek.

Pelajar bersuka ria dalam menyambut hari raya.
Pengetua bersama para pentaddbir turut serta Pegawai Perhubungan Sekolah dan ENCIK JALALUDIN BIN ISMAIL.


Aktiviti pembakaran lemang,sembelihan serta majlis hari raya peringkat sekolah telah berjalan dengan lancar dan jayanya,,,terima kasih diucapkan kepada semua  pelajar kerana memberikan kerjasama terutamanya pelajar tingkatan empat yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan program dan majlis tersebut.😃😃😃😃😃😃😃😃

Thursday, 9 March 2017

BADAR

SAHUT 












BADAN DAKWAH DAN ROHANI

SEKOLAH MENENGAH SAINS HULU TERENGGANU




TAZKIRAH RINGKAS


ASSALAMUALAIKUM W.B.T

HADIS-hadis terakhir Nabi s.a.w. banyak memaparkan perihal keperihatinan dan kerunsingan baginda terhadap situasi umat Islam pada akhir zaman. Sebab itulah ungkapan ‘umatku” diulang-ulang dan merupakan lafaz kata terakhir Nabi s.a.w. yang didengari isteri baginda Saidatina Aisyah r.a. sebelum diwafatkan oleh Allah.
Demikianlah kuatnya kasih dan sayang Nabi s.a.w. terhadap umat baginda sehinggakan pada saat-saat akhir hayat terus resah memikirkan nasib umat. Antara yang paling dibimbangi Rasulullah s.a.w. sebagaimana diungkapkan dalam banyak hadis ialah senario perpecahan di kalangan umat Islam yang diakibatkan oleh pelbagai aliran pemikiran dan pertentangan pendapat.
Walaupun hakikatnya Islam tidak pernah menolak kepelbagaian pendapat, namun perselisihan yang menimbulkan pertentangan tajam sehingga menenggelamkan hakikat persamaan risalah dan matlamat ditentang sama sekali.
Jika diperhatikan secara objektif, kebanyakan perselisihan yang membawa kepada pertentangan dan perpecahan amat terkait dengan sikap fanatik terhadap pendapat sendiri, lantas cuba memonopoli pemikiran dan tiada kesediaan untuk menghormati pandangan orang lain. Penyakit yang disebut juga sebagai ‘al-‘ijab bi al-ra‘yi’ atau penyakit mengkagumi pendapat sendiri ini bagaikan wabak merbahaya yang sedang menjalar dalam urat saraf umat sehingga mereka tidak lagi mewarisi sikap dan adab para pejuang dan pendokong Islam terdahulu.
Kejahilan
Sesungguhnya kedatangan Islam kepada umat manusia bertujuan membebaskan mereka daripada kejahilan dan kejumudan kepada pemikiran yang bebas dan merdeka yang dibimbing oleh cahaya wahyu Ilahi. Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menegaskan: Sesiapa keluar daripada ketaatan (terhadap pemerintah) dan memisahkan diri daripada al-jama‘ah lalu dia mati, maka dia mati jahiliah. Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada assabiah atau marah kerana assabiah maka kematiannya adalah jahiliah. (Riwayat Muslim, An-Nasai dan Ibnu Majah).
Perkataan al-Jamaah dalam hadis di atas tidaklah merujuk secara khusus kepada mana-mana parti politik ataupun pertubuhan-pertubuhan tertentu. Sebaliknya mengikut ulama Al-Hindawi dalam bukunya Dirasat Haul al-Jama‘ah wa al-Jama‘at, perkataan al-jamaah sebagaimana yang disebut dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. merujuk kepada kesepakatan kaum muslimin, para sahabat Nabi s.a.w., para ulama, para pemerintah dan lain-lain.
Apa yang turut dipertegaskan dalam hadis di atas ialah penentangan Nabi berkenaan ketaksuban membuta tuli seseorang kepada kelompok yang disertainya. Sebab itulah Al-Sindi dalam kitab Syarh Ibn Majah menerangkan kalimah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) ialah fenomena ketaksuban melampau di kalangan masyarakat yang berhimpun dan menyokong atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil.
Sikap sebeginilah yang Nabi s.a.w. istilahkan sebagai assabiah atau ketaksuban melampau terhadap sesuatu kaum atau kelompok. Hinggakan Nabi secara keras dan tegas menentang sesiapa yang mendokong dan melebarkan faham assabiah yang menyesatkan. Dalam hadis lain disebutkan: “Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada assabiah, bukan sesiapa yang berperang atas assabiah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas assabiah. (Riwayat Abu Daud).
Istilah assabiah bukanlah bermaksud halangan Islam terhadap semangat cintakan sesuatu kaum atau kelompok. Dalam menjelaskan maksud assabiah, Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh Wathilah bin al-Asqa’: Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan al-assabiah? Sabda baginda: “Kamu menolong kaummu atas kezaliman”.
Namun apa yang menyedihkan kini, umat Islam rata-rata dihinggapi penyakit assabiah yang menyesatkan. Penyakit assabiah atau ketaksuban kepada kelompok hingga tergamak menyesatkan kelompok yang lain bagaikan fenomena lumrah di mana-mana sahaja termasuklah di dalam negara kita yang tercinta ini.
Suasana
Gara-gara penyakit inilah maka kita menyaksikan suasana umat yang amat menyayat hati dan meruntun emosi. Gamatnya pertelagahan di kalangan pendokong-pendokong wadah Islam sehingga mengakibatkan terabainya tanggungjawab utama menyelesaikan pelbagai masalah umat yang melanda kini. Sebaliknya seluruh tenaga dihabiskan dan tertumpu kepada polemik, politiking, adu-domba dan perlumbaan menambah bilangan penyokong pendapat masing-masing.
Justeru, dalam upaya mengembalikan sinar kegemilangan Islam yang semakin pudar, usaha penjernihan sikap dan pemikiran harus segera dilakukan ke atas setiap umat Islam. Umat seharusnya kembali menjiwai budaya dan prinsip penting yang mendasari sikap dan perwatakan generasi awal Islam terutamanya dalam menangani fenomena perbezaan pendapat ini.
Prinsip-prinsip tersebut termasuklah sikap keterbukaan kepada pandangan berbeza, tidak taksub atau fanatik kepada pandangan sendiri, berlapang dada, saling hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain. Mungkin jalan keluar dari belitan konflik kefanatikan pemikiran yang melanda kini terumus dalam ungkapan keramat tokoh reformis Islam, Jamaluddin al-Afghani: Bekerjasamalah dalam hal-hal yang disepakati dan berkompromi dalam hal-hal yang diperselisihkan.
Sesungguhnya kepelbagaian pendapat sebenarnya mampu memperkaya khazanah pemikiran Islam andainya kita bersedia menghadapinya secara dewasa. Tetapi andainya kita menanganinya dengan sikap keanak-anakan, menganggap mereka yang tidak sealiran sebagai musuh, maka perbezaan pendapat pasti menjadi bahan bakar penyemarak api persengketaan yang membinasakan.

Moga artikel ini dapat membantu sedikit sebanyak ke arah menyedari kejahilan di dunia ini

SEKIAN TERIMA KASIH 

Thursday, 9 February 2017




SAHUT
BADAR







Badan Dakwah 
dan Rohani
SM Sains Hulu Terengganu

Tazkirah Jumaat


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ، اَلنَّبِيِّ اْلأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. أَمَّا بَعْدُ؛

Ganjaran Amalan Digandakan Pada Jumaat


JUMAAT adalah hari yang sangat istimewa bagi umat Islam. Ia adalah hari untuk melipatgandakan ibadah kepada Allah. 



Umat Islam bukan saja melakukan ibadat harian wajib seperti solat fardu, bahkan Nabi Muhammad saw menganjurkan beberapa ibadat sunat yang dapat menambahkan ketakwaan kepada Allah. Antara ibadah itu adalah:





Membaca surah as-Sajdah pada sembahyang Subuh yang diiringi pula sujud tilawah ke hadrat Allah.



Tiada ganjaran yang lebih besar bagi mereka yang melakukan ibadat ini melainkan syurga Allah. Hal ini seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila anak cucu Nabi Adam membaca surah as-Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata: "Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lantas mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga, sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar. Oleh itu, untukku api neraka." (Hadis riwayat Abu Daud) 





Membaca surah al-Kahfi. 



Ganjaran bagi orang yang membacanya adalah mendapat petunjuk dan pimpinan daripada Allah sepanjang minggu itu.


Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada Jumaat, nescaya Allah akan menyinari dirinya dengan cahaya antara dua Jumaat." (Hadis riwayat Baihaqi) 


Membanyakkan membaca selawat ke atas Nabi.

Ganjaran bagi mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi pada Jumaat adalah kasih sayang dari Rasulullah. Sabda Baginda bermaksud:

”Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkan berselawat ke atasku, kerana selawat kamu itu disampaikan kepada ku."

Jumaat adalah hari yang Allah gandakan ganjaran amalan baik hamba-Nya yang soleh. 

Umat Islam digalakkan mengisi malam Jumaat dengan memperbanyakkan ibadat dan pada siangnya, bersegera ke masjid seawal waktu yang mungkin untuk merebut ganjaran pahala yang besar. 

Mereka yang mendengar khutbah Jumaat dengan khusyuk dan bersedekah kepada orang miskin pada Jumaat, itulah orang yang mendapat ganjaran besar daripada Allah.

Keistimewaan itu bertambah menyerlah apabila Allah mensyariatkan sembahyang Jumaat yang wajib dilaksanakan secara berjemaah. 

Antara kepentingannya adalah: 


Mengukuhkan ikatan kasih sayang antara sesama Islam, yang mana ia adalah unsur terpenting bagi menjamin kekuatan umat Islam. 


Memberi ilmu, tunjuk ajar serta nasihat kepada umat Islam melalui khutbah. Ia adalah peluang terbaik untuk memperbaiki kualiti diri. 

Pentingnya sembahyang Jumaat, Nabi memberi amaran keras kepada mereka yang tidak hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Rasulullah bersabda bermaksud : “Barang siapa secara mudah meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, Allah akan menjadikan hatinya keras untuk menerima kebenaran.”

Sembahyang Jumaat ini terlalu penting. Oleh itu, bagi memastikan umat Islam berada di atas landasan yang membawa kecemerlangan dan kejayaan, Baginda meletakkan garis panduan kepada mereka yang menghadirinya. 

Perkara itu , bagi memastikan ibadat Jumaat itu benar-benar dapat mendidik jiwa orang yang menghadirinya. Antaranya adalah:


Mengemas diri dengan sebaik-baiknya dan mandi membersihkan dirinya. Ia agar jemaah lain, terutama yang berhampiran dengannya tidak terganggu oleh bau badan atau pakaiannya yang busuk. 

Nabi bersabda bermaksud: ”Apabila seseorang kamu menghadiri sembahyang Jumaat, maka hendaklah dia mandi." (Hadis riwayat Muslim)


Segera ke masjid dengan penuh ketenangan. 

Mendapatkan saf yang paling depan, berzikir, membaca al-Quran serta berpeluang mendengar khutbah dengan jelas. Baginda bersabda bermaksud: “Barang siapa yang mandi pada Jumaat, kemudian pergi ke masjid pada awal waktu, maka seolah-olah dia berkorban seekor unta." (Hadis riwayat Bukhari)



 كَفَيْتُ كَلاَمي فَاتَّقُوْللهَ عِبَادَاللهِ وَاخْلِصُوْا سَرَائِرِكُمْ نَخْلُصُ عَلاَ نِيَتِكُمْ وَرَاقِبٌوْا 
رَبّكُمْ  فِيْ كُلِّ تَصَرُّفَاتِكُمْ وَافْعَلُوْا الخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ وَأَخِيْرًا َاقُوْلُ لَكُمْ وَالسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ